BAGAN DATUK: Tujuh jambatan Bailey tambahan akan dipasang di beberapa kawasan yang dikenal pasti berisiko mengalami banjir besar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka melanda negara November ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara (JPBN) berkata pembinaan jambatan itu merupakan antara kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana banjir selain penyediaan Pusat Pemindahan Kekal.
Beliau berkata koordinasi bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta agensi penguatkuasaan telah diadakan bagi merangka strategi dan pelan tindakan sebagai persediaan awal.
"NADMA menempah jambatan tersebut, juga mengadakan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan Pusat Pemindahan Kekal di sekolah-sekolah yang selama ini telah digunakan sebagai PPS (Pusat Pemindahan Sementara).
"Pusat Pemindahan Kekal yang dibangunkan juga disediakan tandas dan tempat mandi mengikut jumlah senarai potensi mereka yang menjadi mangsa dan ketika bukan musim banjir, ia boleh digunakan sebagai dewan untuk sekolah," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Deepavali di Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata sekurang-kurangnya 67 daerah seluruh negara dikenal pasti sebagai kawasan sering dilanda banjir dan JPBN juga telah memperoleh senarai mangsa banjir yang perlu ditempatkan PPS ketika tempoh Monsun Timur Laut pertengahan bulan ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata kerajaan dalam belanjawan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperuntukkan hampir RM500 juta bagi program mitigasi banjir dan menjangka projek tebatan banjir akan membabitkan perbelanjaan yang lebih besar pada 2030.
Di Perak, seramai 280 orang mangsa banjir daripada 78 keluarga ditempatkan di empat PPS melibatkan daerah Hilir Perak dan Kerian setakat petang ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 04 2023
Ahmad Zahid sewaktu menghadiri Majlis Santunan Kasih Deepavali di Kompleks UMNO Bagan Datuk hari ini. - Bernama
E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid
Industri e-sukan negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai di Kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji, mulai 2 Jun hingga 20 Jun 2024.
"Safari" wukuf di Arafah, "Combat Medicine" di Muzdalifah
Pertempuran 278 petugas perubatan Tabung Haji semasa musim haji akan tempuhi fasa paling kritikal semasa Masyair apabila mereka akan lakukan "Safari" Wukuf di Arafah dan "Combat Medicine" di Muzdalifah.
Saya hanya hilang rumah, barangan tetapi di Palestin lagi teruk
Fatimah Abdullah reda dengan nasib yang menimpa akui dia hanya kehilangan rumah dan barangan tetapi tidak seperti nasib yang dialami rakyat Palestin.
423 kes di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Ketua Polis Johor Komisioner Polis M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.
Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara- PM
Rakyat dituntut agar kembali menjiwai dan mengamalkan roh Islam dalam apa jua situasi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Jun 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 100,000 baucar buku ditebus dalam tempoh tiga hari - Fadhlina
Lebih 100,000 baucar buku telah ditebus setakat hari ini iaitu dalam tempoh tiga hari penebusan dibuka bermula 31 Mei lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
JKR Pahang nafi Laluan Persekutuan FT12 Kuantan-Segamat dibuka
JKR Pahang menafikan maklumat tular di aplikasi WhatsApp yang menyatakan Laluan Persekutuan FT12 , Kuantan - Segamat, KM72 dibuka dan boleh dilalui mengikut jadual kerja dikeluarkan jabatan itu.
Jambatan Bailey Jalan Kuantan-Segamat dijangka siap minggu depan
Pembinaan kemudahan sepanjang 30 meter itu bergantung kepada faktor cuaca dan terpaksa ditangguhkan sekiranya berlaku hujan lebat dan banjir.
Jalan Dabong-Jeli mula dibuka satu lorong - JKR
Laluan di Seksyen 73.85, Jalan Dabong - Jeli (FT066) yang terputus akibat kegagalan pembetung, dibuka secara satu lorong untuk semua jenis kenderaan ringan sahaja (maksimum hingga 20 tan) semalam.
Pembinaan jambatan ganti jambatan Bailey di Selancar mula tahun depan
Pembinaan jambatan Selancar bagi menggantikan jambatan Bailey di Felda Selancar dan Perwira Jaya di Rompin, akan dimulakan tahun depan.
Tujuh jambatan Bailey tambahan akan dipasang di kawasan berisiko banjir besar - Ahmad Zahid
Pembinaan jambatan itu merupakan antara kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana banjir selain penyediaan Pusat Pemindahan Kekal.
Banjir Baling: Jambatan Bailey mula dibina
Sekurang-kurangnya tiga nyawa terkorban dan lebih 1,400 penduduk dipindahkan ke tiga pusat pemindahan dalam kejadian banjir kilat pada Isnin lalu.
Pascabanjir: Jambatan Bailey Kampung Bemban, Jelebu siap dibina
Jambatan Compact Bailey Single Lane itu adalah bagi menggantikan jambatan lama yang roboh akibat banjir baru-baru ini.